Friday, July 2, 2010

Non exam-oriented kids


Dua minggu lepas heboh satu Malaya tentang isu Pemansuhan UPSR dan PMR. Dan Ummi sangat tertarik dengan perkembangan semasa ini. Baik di radio, akhbar dan sembang2 sesama guru, semuanya hangat tentang cadangan Kementerian Pelajaran ini.

Semua perkembangan pasti ada pro dan kontranya. Tapi marilah kita lihat apa telah berlaku dalam dunia pendidikan di Malaysia hari ini:

1) Populasi pelajar perempuan memasuki universiti tempatan adalah antara 70 hingga 80%

2) Pelajar seawal usia 12 tahun (darjah 6) mengalami kemurungan dan ada yang membunuh diri kerana keputusan peperiksaan tidak mencapai sasaran cemerlang

3) Alam pekerjaan memperlihatkan persaingan sengit graduan yang ada 'advantage'-soft skill, kemahiran berucap dan interpersonal

4) Dunia hari ini dikuasai oleh golongan yang mempunyai maklumat. Maklumat di hujung jari boleh diperoleh dari 'perpustakaan gergasi' iaitu internet

5) Keupayaan mengurus Emosi dan Spiritual mampu menentukan integriti pelajar pada pegangan nilai - tidak terbatas pada Intelektual semata2

dan macam-macam lagi.

Ramai yang memberikan pandangan positif dan tak kurang para pendidik yang tidak setuju peperiksaan dimansuhkan atas alasan pelajar 'tidak akan belajar'. Ummi no comment atas alasan masing2, sebab semua pihak menilai berdasarkan pengamatan dan pengalaman sebenar mereka.

My Umar

Ummi pula melihat secara real pada Umar, yang dah masuk Darjah 2. Kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) memang sangat kritikal pada fasa awal.

~ Bayangkan hampir semua matapelajaran menuntut Umar untuk menulis. Kalau tulisan buruk, tak faham dibaca memang SAKIT JIWA!

~ Dengan kemahiran membaca akan memperkayakan lagi anak seusia Umar untuk meneroka bermacam2 perkara (of course untuk google info dalam internet, membaca intisari rancangan pada suratkhabar, membaca label pada peket produk dan seribu satu macam lagi yang berhuruf).

~ Keupayaan mengira juga adalah survival kehidupan! Kenapa? Sebab dia akan belajar, sekadar contoh, berapa ringgit diperlukan untuk membeli sesuatu di kantin sekolah dan yang penting tidak mudah ditipu orang!

Semua kemahiran asas 3M (malah menurut Kak Rosnah, terkini ada 4M iaitu Menaakul-reasoning & problem solving) akan dinilai melalui Ujian Awal Tahun dan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Melalui ujian, pelajar akan dinilai prestasi dan kefahamannya. Kalau semasa ujian bulan Mac lepas Umar dapat 52% (sebenar bukan contoh..hihi), lepas dah kena marah & leter & ulangkaji intensif oleh Ummi...peperiksaan baru-baru ni alhamdulillah dapat 86%. A great leap, son!

Tapi kan, kan, kan...kalau ikut Pak Utih, sistem pendidikan Malaysia adalah pro-feminin. Dan anak lelaki Ummi macam Umar perlu push, paksarela untuk perform dalam exam. Ada tak agaknya cara lain untuk menilai dan mentaksir kemahiran 3M tanpa exam? Ada ke? Ni kena bincang dan berdialog lagi dengan yang pakar.

Pembelajaran sepanjang hidup

We both believe in school as place for kids to socialise, learn values of sharing, bergaduh and adapting in real community life. At the same time, we don't totally disagree on great homeschooler like Coach Sha or Mamafiza. It is a matter of choice.

Yang paling penting adalah PENGLIBATAN AKTIF IBU BAPA dalam mendidik anak2. Mengajar nilai ilmu, iman dan ihsan (dekatnya Allah dengan kita untuk mengawasi). Pembelajaran berlaku secara formal dan tidak formal. Di sekolah atau di rumah. Sesama kawan di sekolah atau dengan ahli keluarga di rumah. Pasti ada cara untuk menilai keupayaan dan kemahiran 3M mereka dalam aktiviti harian mereka.

Let's think of activities that nurture the 3M values at home. Let's be an active parents! Because we wouldn't know what turmoil they will be facing in their future. Bak kata Saidina Umar Al-Khattab: Didiklah anakmu untuk hidup di zamannya.


Umar & Eksplorasi penyu - haiwan terancam


Ulya and girl cousins - belajar melawa & main mak2

Ulwan di alam sayuran - dia cuma faham nak MAKAN! =p

No comments: