Monday, July 12, 2010

Humorous Ulwan!


Ulwan is talking nonsense...again?

Ulwan, my youngest boy ni always think out loud whatever in his mind...without fear and prejudice to anyone. Haha..these are some of his funny conversations:
Kisah 1: Baju

Ulwan: Kat skolah wan tadi kawan wan pakai baju sama macam wan! (baju, i.e. tshirt MuslimTjr. keluaran BroArts)
Umi: Ye ke? yang mana satu?
Ulwan: Yang sama mcm wan pakai...tapi tiba2 dah hilang dah..
Umi: (hmm..dah macam pelik je)
Ulwan: hilang kena gigit tikus!
umi: biar betul wan!
Ulwan: (gelak dan senyum cheeky)
Umi: (dalam hati: sah le dalam imagination je tu)

Kisah 2: Gunting rambut

Satu hari Umi terperasan ada bentuk V di sisi kiri kepala Ulwan, belek punya belek, aik! ini kesan gunting ni!
Umi: Wan, sape gunting ni??
Ulwan: Teacher wan!
Umi: Teacher yang mana? Pakai spek ke tak?
Ulwan: Ha'a!! Teacher wan yang pakai spek tu gunting rambut wan..
Umi: (tak percaya...terus call Abi)
Abi: bukan teacher dia, tp DIA sendiri yang gunting...dia pegi amek gunting Ulya dalam laci, tengok2 je dah bertakik rambut tu!
Umi: wan!! (umi geletek dia)
Ulwan: haha!! umi kena tipu!!
Umi: (pandai mereka atau dia memang bayangkan cikgu yang potong sebenarnya?)

Self-Talk

Selepas beberapa kali insiden berkaitan Ulwan (penuh imaginasi dan banyak bercakap sendiri waktu bermain)...Ummi belajar sesuatu berkaitan hal ini bila baca buku "How to raise a Child with a High EQ", by Lawrence E. Shapiro.

Menurut penulis, kita boleh ubah cara anak2 bertindak dengan mengubah cara mereka berfikir. Manusia mempunyai kapasiti bercakap dengan diri sendiri dan membina 'inner dialogues'. Pakar terapi turut menggalakkan "self-talk" sebagai cara untuk mengenalpasti tingkahlaku dan akhirnya anak2 dapat belajar menghadapi masalah mereka. Untuk melatih "self-talk", IMAGINASI tinggi diperlukan.
"Between the ages 3 and 4 (stage Ulwan!), children develop the ability to create a picture in their minds and even run it like a movie." (page 125) This will help to develop a child's EQ - ability to change the way to act by changing the way to think!

Humor

Satu penerokaan baru Ummi adalah tentang unsur jenaka/humor yang Ulwan gunakan bila menyebut "Umi kena tipu!" Bila kala la kitorang ni ajar anak macam tu?

Tapi, bagi penulis dan psychologist, anak2 yang 'skilled at humor may be more successful in their interactions throughout their childhood'. Unsur humor yang terbentuk adalah satu kemahiran sosial seorang anak dengan orang sekelilingnya. Pada tahap umur 3 tahun (seperti Ulwan), dia berada pada peringkat ke4 humor. Anak tahap ini akan tertawa dengan 'conceptual incongruities'.

Contohnya: kalau kanak2 berumur 3 tahun meletakkan botol ke dalam mulut, nampak biasa bagi anak berumur 3-4 tahun. Tetapi, apabila bapa/ibunya sendiri yang meletakkan botol ke dalam mulut dalam bertindak seperti baby, itu memang SANGAT KELAKAR baginya!

For real, Ulwan loves to play fighting Kamen rider with Ummi. Whatever action that Ummi does, he'll find it funny (imagine this gemok mother buat keluar api dari tangan, bergolek2 dengan dia atas katil..mesti la dia suka! haha!)

So, not to worry so much because this stage (imaginative & humorous 3 y.o. kid) will fade and someday we'll miss him in his funny behaviour so much!

2 comments:

sofiyyah said...

wah menarik info ni:)
kdg2 risau jugak tgk anak2 sedara ni cko@borak sorg2.tp bile curik2 dengar,ok jek.kelakar pulak tu.huhu.mase nila kot otak derg berkembang kan kak.mcm iklan susu ape ntah.hehe

habibah_bib said...

anak2 saya suka cakap sorang2... mcm2 citer... seronok pun ada, heran pun ye gak....