Tuesday, March 9, 2010

Up and Down in Raising Kids

We did this TOGETHER!

Lamanya tak update blog ni. Tiap hari bukak je tp nak tulis posting pendek pun malas tak sempat.


Sangat banyak update sebenarnya dalam 2 minggu ni,
..dari cuti CNY,
..BBQ time dengan family Abi kat BJ,
..kemudian Family Day Hj Sungib kat JB(dah upload gambar kat fb…pictures tell 1000 words, rite?)
..then ber’camping’ di PD (fuh! Lamanya tak jadi peserta camping),
..dan meraikan Umar dalam Hari Sukan sekolahnya,
..juga menghadiri walimah Hanisah (ex-adik usrah yg best!)
..serta wedding grand Illy (staf Umi Abi)
..hinggalah ke hari Ahad yang lepak kat rumah melayan anak2 je!

Tapi…dalam sibuk dan juga lapang, anak-anak Ummi lah yang menjadi warna-warni kehidupan. Menjadi ibu dan isteri kepada suami yang sibuk bermakna Ummi harus berfikir dengan pantas tentang masa lapang anak2 yang perlu diisi dengan aktiviti bermanfaat. Bukan sekadar satu gerabak (setakat ni baru 3…hihi) yang akan mengekor Ummi ke mana2, tetapi sebagai satu perjalanan ’program’ buat mereka.


Ambil peluang yang ada

Sebagai contoh, sambil ke FRIM menyampaikan small talk dengan remaja, Ummi bawa Umar dan Ulya berinteraksi dengan alam di kawasan air terjun di dalam FRIM. Ada daun besar boleh dijadikan perahu. Ada batu besar untuk didaki. Ada aliran air yang sejuk dan mendamaikan. Dan ada kehidupan di dalam air iaitu ikan kecil. Subhanallah! Siapa ciptakan? “Allah,” jawab mereka.

Bertemu sanak-saudara juga merupakan peluang untuk Ummi terangkan maksud 'sepupu', 'dua pupu' dan juga akhlaq sesama ahli keluarga. Nilai memberi ‘buah tangan’ pada orang yang kita ziarahi adalah suatu perkara yang boleh kita terapkan secara tidak langsung. Bila Ummi beli biskut sebagai buah tangan, anak-anak minta sikit untuk makan, Ummi jawab, “Ni kita beli untuk adik Iman. Hadiah untuk dia sebab dia baru baik sakit.” (harap diorang faham la)


Sabar sebahagian dari Iman

Tapi dalam membawa gerabak ini ber’program’ pastinya ada suka duka. Terutamanya ke tempat-tempat yang sesak dan ramai orang seperti majlis perkahwinan. Fuh! Masa kita bertemu teman lama dan nak bersembang, masa itu jugaklah anak-anak tarik baju tangan kita ajak balik sebab dah rasa rimas dan panas. Kena lah gunakan kebijaksanaan atau hikmah untuk menjawab supaya mereka boleh bertoleransi dengan Ummi. Pada masa yang sama nak kena jaga ‘waterface’. (macam pernah alami je kan?kan?) Dan biasanya sebelum turun kereta, Ummi dah siap2 beri amaran, “Makan nasi dulu…BAAARU boleh makan gula2, ok?” Tambah haru bila pengantin ada sesi potong kek bertingkat, ada jugak anak Ummi yang cerdik nak colek jari merasa krim pada kek yang indah menawan tu! Haha…sekali lagi, mata Ummi kena pantas mengawasi jari2 comel mereka. Tapi alhamdulillah setakat ni tiada adegan yang tidak diingini berlaku pada mana2 kek pengantin.

Kalau pun tiada ‘program’ khas buat mereka, di rumah pada masa lapang pun harus ada satu agenda khusus buat mereka. Dalam hal di rumah, Ummi tidak lah sampai buat jadual yang sangat ketat…cukup sekadar time-up untuk tengok TV, now solat time, baca Iqra’ dan buat hafazan atau boleh main apa2 sahaja KECUALI game di komputer. Yang menariknya bila musim puzzle datang lagi. Seronok tengok tiga2 orang tekun nak siapkan satu set puzzle. Tapi tak seronok bila ada yang ajak Ummi main sama2, tapi last2 yang kena siapkan puzzle yang complex tu adalah UMMI sorang2!!

Melayani kerenah dan menyantuni keperluan anak-anak sememangnya melahirkan perasaan yang bercampur-baur: enjoy, puas, gerrrram, melatih sabar dan macam2 lagi. Nak tak nak mereka adalah sebahagian dari elemen dalam institusi yang bernama KELUARGA. Janganlah dek kerana hilang sabar, sudah tercabut perikemanusiaan dan dengan sekelip mata meruntuhkan institusi keluarga ini, sebagaimana yang berlaku pada adik Syafia Humairah . Allahumma ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami dari fitnah akhir zaman!

2 comments:

Ummimusa said...

salam kak, hanisah akbar tajudin ke?

Anonymous said...

jwa, ye hanisah akbar tajudin.