Sisi cinta yang sangat mempengaruhi sulukmu, bermanfaat buat menempuh kehidupan duniamu dan cinta luar biasa demi mencapai kebahagiaan akhirat...Jangan silap anakku, kerana aku ingin kau cinta Allah, cinta Rasul dan cinta Islam.
Sunday, January 25, 2009
Wednesday, January 14, 2009
Gaza...dengan jiwa dan raga kubangkit!
Arghhh! Tiada kata2 yang lebih tepat lagi dapat dinyatakan untuk menggambarkan betapa jijiknya Yahudi Laknatullah itu menyerang anak kecil dan wanita serta semua manusia tidak berdosa di Gaza. Seluruh dunia berbilang bangsa dan agama mengutuk kekejaman dan keangkuhan Israel.
Al-Jazeera Updated On:Wednesday, January 14, 2009 15:08 Mecca Time, 12:08 GMT
"By last count, 984Gazans, many of them women and children, have died in the Israeli assault since it began on December 27."
Ya Allah! Sesungguhnya darah para syuhada' itu menyuburkan lagi semangat sang mujahid dan umat untuk bangkit. Darah mereka tidak percuma. Jika kita menyangka mereka telah mati, sebenarnya silap..mereka hakikatnya 'hidup' menapaki jalan ke syurga yang telah tertulis buat mereka. Dan kita..di sini..belum pasti bagaimana akhir kematian kita.
Saksikan ya Allah..sumbangan kecil kami buat sahabat2 kami di Gaza.
Berdemo,
rapat umum,
menjahit bendera,
menyiapkan poster,
melaungkan seruan berjihad 'Khaibar-khaibar ya Yahudi!',
infaq untuk bekalan makanan dan ubat-ubatan mereka di Gaza..
sangat kecil dibanding para mujahid Briged Al-Qassam dan anak kecil yang membaling batu di sana.
Our 'Umar goes to our school!
Pakai kasut cepat sayang..
5 Januari 2009 - Macho boy Ummi Abi nama 'Umar dah kena pegi skolah!
Skolah mana?
AL-AMIN..Tempat jatuh lagi dikenang.
Sekolah Ummi...sekolah Abi dulu (1986-1990 SRIAA, 1991-1995 SMIAA)

Sangat suka hati.
Anak ku dah masuk alam persekolahan.
Darjah 1 Zaid.
11:25 pagi Loceng berbunyi..Cepat2! Beratur dalam dewan. Beg tinggalkan atas meja yang ada label nama kelas. Dengar Muallimah beri pesan.
My TWO macho boys
12.30 Makan tengahari..Hari pertama Umar dah belanja kat kantin..dia ingat kat skolah xde makanan.. Chomey2!
1.30 Solat zohr berjamaah. Solat siang baca kuat2 ramai2! keh..keh..
Kelas bermula..belajar benda baru..kena rajin tulis kat buku..balik homework pulak menunggu..fuhh!
6.30 ptg Bas kuning dah menunggu..Yea! Umar jadi Geng Bas Sekolah. Kalau cepat jam 7 dah sampai depan rumah, kalau lambat dekat sejam jugak duduk dalam bas.
The Yellow Bus Co.
MasyaAllah! Semua nya baru buat 'Umar..dan buat Ummi juga..kena tengok ada homework ke tak, susun buku ikut jadual..Oh 'Umar dah besar dah ye anak. ;p
Di tanah Buya HAMKA
Abi tegur Ummi semalam, lamanya tak hantar entry baru. Biziiiii je manjang..So malam ni free sket..Ummi hantar berdas2 posting untuk share updates dgn anak sedara nun jauh, Hanin, dan yang lain2 yang akan bertanya 'Apa khabar?'
-------------------
Alhamdulillah tahun baru 1430H dan 2009M Ummi dan Abi berada di tanah Buya Hamka, Jakarta, Indonesia. Bersama anak-anak muda bersemangat waja, mengikat perut mengumpul tabungan demi ilmu yang tidak ternilai harganya. Berjiwa tabah mengharungi asap dan debu dek macet jalanraya ibukota besar Indonesia. Kami tiga hari bersama anak-anak muda ini..berkampung di Al-Taqwa Islamic International School nun di atas bukit jauh dari kota berdebu Jakarta. Tepatnya di Hambalang, Kecamatan Citeureup (hah..cane lak nak menyebutnye?), Bogor. Nyaman subhanallah melihat sawah padi dan Gunung Salak dan pemandangan sayup Punchak (dilindungi awan). Kagum dan takjub dengan kesungguhan Sheikh Omar Hallak ini yang bekerja berhempas pulas membina sekolah ini demi membantu anak-anak muslim yang dhaif di sini.
Sekolah Al-Taqwa di atas bukit..nyaman subhanallah!
Abi dan adik2 lelaki bersama Syeikh Omar Hallah, a Paestinian
Ummi dan anak-anak muda riang ria warga HAMKA '08
Turun dr 'kayangan' pada 31 Disember, Ummi dan Abi dibawa oleh tuan rumah mengharungi kehidupan harian mereka di kost (rumah/bilik sewa) berhampiran Universitas Trisakti di Grogol. Naik bajai, berjalan kaki menelusuri lorong2 kecil di celah rumah2 kotak tidak teratur, menghidu bau air longkang yang aduh minta ampun. Malam tahun baru di Jakarta, tidak kurang bising dan hebatnya dengan dentuman bunga api dan tiupan trompet di kawasan perumahan.
Berjalan melalui lorong2 kecil keluar dari rumah Milah,Syiha dan Ain menuju ke jalan utama.
Hari terakhir kami pada awal tahun 2009, adik2 membawa kami keliling kota (selepas rencana untuk ke Bandung terpaksa dibatalkan dek Kijang yang mogok) - dengan Angkot (Angkutan Kota) kami keliling dari Tanah Abang ke Mangga Dua ke Wali Songo dan akhirnya singgah makan di Citra Mall. Fuhh! Tak sempat bermandi manda kami terus naik cab khas untuk ke bandara (airport) untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Turun dari 'kayangan'..memenuhkan bajai dgn barang2 program..penuh adventure!
Berapa ribu rupiah Pak? Angkot yang membawa kami keliling kota :)
Di Kwitang, membeli buku agama/fikrah - murah banget!
Di depan kedai Baso posing spesial dgn Sis Sarah Padang, sebelum pekena Nasi Gado-gado dan segala macam jenis bakso yang best!
Subscribe to:
Posts (Atom)