Wednesday, August 27, 2008

'Umar dah nak masuk sekolah!!


Lepas habis Ujian. Tu pakai badge Hari Ujian Diagnostik!

Alhamdulillah semalam...27hb Ogos, 'Umar ambil ujian diagnostik untuk masuk Sekolah Islam Al-Amin. Sekolah Umi dan Abi dulu!!!


Seronok sangat sebab ni generasi cucu pulak masuk Al-Amin. Malam sebelum tu, Umi tak pegi mana2 sbb nak buat ulangkaji dengan 'Umar;

- Iqra' Buku 2

- Hafalan Al-Kafirun, Al-Masad, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas

- Tulis Bahasa Melayu

- Tulis Nombor 1-20 (yg nombor 12-19, Umar tulis terbalik: 21 31 41 51 61 71 81 91)

- Tulis huruf hijaiyah


Hari ujian, lama jugak 'Umar kena berkurung dengan guru2 Al-Amin. Suspen lak Umi...lepas ke anak Umi sorang nih. Tak lama lepas Umar dalam bilik ujian, Umi dan Abi dipanggil utk temuduga ibu bapa oleh Cikgu Nordina dan Ustaz Jabbar. Klaka je..Cikgu dan Ustaz kata takde apa2 sbnrnya nak tanya, segan tak tau nak tanya apa. So kami sembang2 ttg sekolah skrg.


Bila 'Umar keluar dari bilik ujian, dia kata, "menang!" (haha..sbb dia dapat goodies ada air kotak, kek dan biskut). Semua orang pun dapat anak oi! Takpe lah janji dia gembira. Moga Allah permudahkan anak ini untuk ke langkah seterusnya. Amin.

The colours of Sarawak's edible..

Umi suka sangat amek gambar makanan, sayur2an yang takde kat Semenanjung. Enjoy the colours!


Mee Kolok..rasa lada hitam..


Teh C Special! Lemak berkrim! Hehe...Teh susu tak guna susu pekat manis, tapi gula kabung. Sederhana manis dan memang minum segelas tak cukup punyer!

Kek Batik Sarawak aneka corak...cantik sangat sayang nak makan!

Pulut inti dikukus dalam Periuk Kera...hehe..kera dah tak guna dah periuk depa!




Black pepper - yg hijau masih muda, yg dlm plastik warna hitam tu bila dah kering.




Wow!! rebung beso giler!


Ni la periuk kera, selonggok2 tu diorg jual singgit je!



Buah belinjau. Biasa orang jual empingnya yang digoreng jadi keropiok. Rasa pahit2 sket.

Bunga rozelle. Rebus dan masak dengan gula untuk jadi pati jus rozel. Macam ribena rasanya!

Meow...meow..here we come!




Banyak citer bulan Ogos ni. Yea! Yea! Alhamdulillah berkesempatan memulakan hujung minggu cuti sekolah dengan join Lawatan ukhuwwah Wanita JIM Pusat ke Kuching, Sarawak. Seawal 5.30 pagi kami bertolak dari Tmn Melawati terus ke LCCT. Abi cayang tolong hantarkan Umi dengan UmmiRoses dan Nazirah untuk flight 8.50pagi ke Kuching.



Ziarah yang best ni tak lain tak bukan demi ukhuwwah..selain dapat melihat bumi Allah yang indah dan juga shopping!!



Tengok je le gambar2 ni ye..






Tu dia Mck Mas dgn beg bizneznya...mcm2 isi dlm tu tau!





Apa yg menarik dari kedai Resipi Warisan dkt Tmn Sri Wangi, Kuching ni adalah kuih sepit/kapit yg berbentuk bunga ros. Ada la yang senyum meleret tu...






Di hadapan kedai Resipi Warisan (ada idea nak buka Kedai WJIM Shoppe macam ni di Bdr Permaisuri nnti). Dr kanan: Kak Dayang, Kak Saedah, dr Har, Mck Mas (tersorok blkg Mck ros), Mck Ros a.k.a UmmiRoses, Nazirah & Me~!


Kek Batik Sarawak! Cantik sangat untuk dimakan :)


2nd day - di UNIMAS. Sesi UmmiRoses dgn student Kolej Tun Ahmad Zaidi. Bergambar bersama akhawat aktivis. Yg baju oren tu Kak Shamsiah (Pengetua Kolej, akhwt). Yg kiri Umi; Maswida (ukht blaja kat Jepun, Umi sempat berkenalan dgnnya smsa berkunjungan ke Jepun thn 2006)





Lepas prgm di UNIMAS, kami pegi kedai/kilang pasu di Batu 7. Umi sempat la mencuba buat pottery. Nampak mcm senang jek! hehe...bila dah laju berpusing..jadilah bentuk pasu yang tak pernah dibuat orang!



Gelagat Mck2 comel ni sebelum menyantap di Restoran Chilli Peppers.



Tadaaa!! Selepas santapan..Licin!



Sabtu malam Ahad, di Raudhatul Mahabbah. Ramai betul akhawat yang hadir untuk mendengar perkongsian UmmiRoses ttg RS.

Hari ketiga - kami dibawa membeli-belah di Serikin (sempadan Kalimantan,Indonesia).

Selepas tu shopping lg di Kuching Waterfront Park. Kat tepi sungai tu banyak jualan bahan kraf terutama gelang dan rantai mcm kat atas tu. Umi tak beli la...kl beli, habis diragut Ulwan,putuih!

Thursday, August 14, 2008

Orang Asli...kita apa?






Banyak perkara dan event berlaku dalam bulan Ogos..Augustus ini.. Bulan LAPAN memang banyak yang istimewa, selain daripada Hari Kemerdekaan. (belanja sambutan Hari Merdeka 2008 dipotong 40%...ye lah esoknye dah masuk Ramadhan..insaf le sket).



Alhamdulillah weekend lepas memang free! Jarang sekali dapat Umi DAN Abi free begini untuk luang masa ikut program YB Saari (ayah Umi tercenta!). So, Sabtu 090808 (punye la banyak kenduri sbb org nak akad nikah pada tarikh keramat 080808!) kami zoom zoom dengan Mazda5 baru kami ke Teluk Intan, Peghok. Walimah Cik Uwa (team Konsis kami) dengan suaminya, bakal doktor.



Ahad, 100808 ::



Seperti dijanjikan, kami sekeluarga ikut program Hari Khidmat Kesihatan di Kg Orang Asli di Kemensah. Adik Umi, 'Urwah dah bertugas sejak awal pagi lagi di dewan kecil tanpa kipas (krn tiada elektrik) dengan para doktor sukarelawan..memeriksa kesihatan para penduduk kampung.



Kami tiba jam 11.30pagi, menunggu Mama dan Ayah. Pertama kali bawa anak2 ke kampung sebegini. Anjing di merata2 tempat. 'Ulwan yang sangat inquisitive tu cuba nak mendekati tiga ekor puppies yang sedang nyenyak tidur di luar dewan. Melingkar jadi satu bulatan. Nak cakap comel ke? Tp tak tahan geli tengok anjing yang togel separuh badan takde bulu.



Majlis dimulakan dengan ucapan Tok Batin diikuti dengan YB. Skillful betul Ayah berucap dengan orang Asli.



Khatibun naas 'ala qadri 'uqulihim

(berkatalah dengan manusia menurut kadar kemampuan aqal mereka)


Belum lama duduk, 'Ulya, my 'lil girl dah minta pegi toilet. Ha kena la pegi kat lereng bukit tandas simbah org Asli punye.


Disebabkan anak2 Umi excited tengok macam2 binatang, kami tak stay dalam dewan. Sibuk melayan anak2 menjenguk di bawah teratak mereka. Ada itik..ayam..kucing..dan wajib..anjing!

Apa la yang anak-anak terjenguk2 tu...hehe..tak biasa tengok binatang2 kampung!



Tanda meraikan kami, wakil penduduk membawa sebakul DURIAN yang baru dikutip dari hutan. Berkenduri durian la kami! tapi isinya agak mengkal kerana baru dikutip. Tak lupa manggis penyedap rasa.


Comel betul tengok anak2 makan buah kat pondok di lereng bukit. Pakcik2 orang Asli ni, campak je kulit durian kat bawah pondok depa.


Ayah kata, tak payah la bagi souvenir sweets pada anak2 depa tu. Bagi la set berus gigi!! Sbb kena ajar depa ttg kebersihan. Jalan pun kaki ayam. Nak kena belajar ni skill mendekati anak2 org Asli.


Ustazah yg mengajar anak2 depa pun datang nak bagi motivasi pada para ibu supaya menggalakkan anak2 mereka ke sekolah. "Sayang..saya terkilan sangat sbb org Kristian dah masuk dulu tempat ni..setiap Ahad diorg ada sembahyang kat dewan ni!" Aduh!! Tamparan hebat betul. Padahal kampung ni belakang rumah Umi je. Sape nak take up kerja dakwah ni? ..hmm..


Selesai kunjungan tersebut, kami cari spot baek punyer nak bawa anak2 celup2 dalam air sungai. Tak la plan beriyer nak mandi. Belanja diorang makan aiskrim then kebooosh dlm air.


Enjoy tak anak2?? ALHAMDULILLAH...


Moga mereka lebih kenal ada sekelompok masyarakat yang dipanggil Orang Asli. Dan kita pula apa?? Kita orang ISLAM.