Thursday, March 3, 2011

Umar's Love Letter

Note: Blog Ummi ni ada problem technical sket. So semua gambar yang diupload dari pc dah hilang. Will take some time to gather the related photos and re-upload them. Sorry dear readers...
-----

Posting ni kalau dibaca dek Umar pasti Ummi kena marah dengannya. Niat Ummi bukan nak mengaibkan anak sendiri tapi sekadar berkongsi perkembangan kanak-kanak Gen-Z sekarang ni.

Al-kisah, semalam semasa kami sekeluarga sedang makan malam, Ulya pun membuka ceritanya.

Ulya: Siang tadi kakak darjah 3, Awatef, bagitau Ulya: 'Abang anti tu cute la!' Kakak tu kata masa abg Umar darjah 2 ada sorang banat bagi dia surat cinta
Abi Umi: *gelak besar
Umar: *tersipu malu sambil warning kat Ulya 'dah cukup! jangan cakap!'
Abi: wah! hebatnya 'Umar...cute macam ni dah ada peminat (secara berjenaka)
Umar: Umar dapat surat tu, bukak je nampak gambar Love, Umar terus KOYAK dan BUANG!
Abi: Syabas! Kenapa Umar koyak? Sebab malu ke?
Umar: *tersengih2 sambil mata dah jadi satu garis*...Umar tak suka la!

Source: Here

Ngeh..ngeh..lawak betul la budak darjah 2 dah pandai bagi2 surat ni. Banat bagi kat banin pulak tu!!

Dalam tergelak2 tu, suspen jugak Ummi.
Baru Darjah 2, belum Tingkatan 2!
Ni yang tau, entah apa yang kita tak tau?!

What do you think?

Adakah pengaruh exposure sekeliling membuatkan mereka berani mengekspresi perasaan sebegitu rupa, atau
'peduli kan aje! kan budak lagi?'

Boleh jadi macam-macam faktor kan?
Tapi Ummi yakin dengan menanamkan sifat MALU (al-Hayaa') akan menjadikan anak-anak kita kebal dari perkara yang akan meruntuhkan akhlaq dan juga nilai iman. Macamana caranya? Kita kena selalu berinteraksi dengan mereka.

Sebagai contoh, bila menonton TV dan ada watak yang tidak menutup aurat, adegan 'kissing'..kita wajar bertanya 'Malu tak?' Kalau kita sebagai ibu bapa menganggap nilai2 sebegitu adalah nilai yang boleh diterima dan tidak wajar berasa malu, mungkin itu lah nilai yang tertanam dalam diri anak-anak. 'Oh pakai seksi dan tak menutup aurat itu OK.' Sebaliknya, jika kita menyatakan nilai-nilai yang boleh diterima menurut garis panduan Islam (bukan budaya Timur ye), insyaAllah hujahnya lebih kukuh dan tertancap dalam jiwa mereka.


MALU

Nilai MALU adalah sebahagian daripada nilai IMAN. Dan wajar berasa malu untuk melakukan dosa dan maksiat. Jika tidak...

Sabda Rasulullah saw lagi: “Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu ialah apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah yang engkau kehendaki.” (Riwayat al-Bukhari)

Ya Allah, kuserahkan urusan anak-anak kami pada-Mu. Tidak mampu rasanya untuk kita pastikan tingkahlaku mereka dan mengawal mereka sepanjang masa.

Hasbunallah wa nikmal wakeel.

3 comments:

WMaryam said...

kak anfal,
adik maryam no 8, junaid sekarang darjah 5. kalau tak silap, masa darjah 3, ada je seorang budak perempuan call nak cakap junaid. bukan bagi surat cinta dah, sampai tahap telefon.. huhu

ummi pernah interview this girl, tanya "mak awak tak marah ke awak telefon kawan lelaki?" kalau tak silap dia jawab tak.. nak kira macam mana ni ye? :D

Aisyah said...

MashaAllah, kagumnya dengan Umar!

(teringat ketegasan Umar ra)

عبده العمراوى said...



تنظيف منازل بالجبيل
افضل شركة تنظيف بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف المجالس بالظهران
شركة المثالية لتنظيف الكنب بالظهران
شركة المثالية لتنظيف الموكيت بالظهران
شركة المثالية لتنظيف السجاد بالظهران