Di Jugra
Wall climbing (very manly, is it?)
Enjoy!
Biasa la bila lepas beberapa hari enjoy, kadang2 big boy ni overlimit dan boleh jadi 'lupa diri'. Maksudnya bila balik rumah, penyakit M.A.L.A.S pun hinggap. Tambah kadang2 bercakap dengan adik2 pun kasar. Agaknya dah beberapa hari bercakap dengan sepupu lelaki, cara kejantanan, kena dengan suara yang kuat, maka terbawa-bawa lah dengan adik2.
Maaf! Ummi terlepas pandang
Insiden ini berlaku bila kami selesai makan malam dan Bibik pula bercuti sempena Tahun Baru. Kebiasaannya memang Bibik yang akan membereskan kerja-kerja mengemas dapur - cuci pinggan, lap meja, kecuali bila Ummi buat aktiviti memasak bersama anak2. Rutin biasa, selepas makan, anak2 perlu angkat pinggan masing2, buang sampah ke plastik dan letak di dalam sinki. So bila Bibik takde, Ummi minta masing2 cuci pinggan sendiri.
Dan kali ini (selepas Umar baru balik enjoy habis berjalan) Umar mencuci pinggan dengan penuh rasa M.A.L.A.S. Laju je cuci. Bila Ummi tengok, 'Aik! Ini berminyak lagi ni...cuci balik supaya bersih. Ummi tunjukkan caner nak cuci bersih2..' Apa lagi..dengan rebellious, Umar cuci ala kadar dan mukanya mula merah kerana menahan diri dari menangis.
Abi: Kenapa nangis? (bukan dengan nada marah)
Umar: Umar bukannya tau basuh pinggan! Basuh pinggan kerja orang POMPUAN (*dus!!)
Abi: Ummi nak ajar la tu macamaner nak basuh pinggan. Buat perlahan2..
Umar: Nanti asyik salah je! pastu kena cuci balik semua! (air mata pun berderai)
Abi & Ummi: Belajar kena sabar sikit (dan Ummi pun buat praktikal mencuci pinggan, cawan, sudu dll dengan bersih berkilat)
I was totally shocked bila dia cakap 'kerja orang perempuan'. Memang sangat2 terlepas pandang perkara ni hingga anak lelaki berusia seawal 8 tahun telah ada 'preconceived idea' apa dia kerja2 yang orang lelaki buat (cth: wall climbing) dan apa yang orang perempuan buat (cth: kerja dapur, jaga adik dll).
Selesai Umar mencuci hampir kesemua pinggan di dalam sinki dengan Ummi, Abi pun slow talk dengan dia. Sekarang ni memang fasa Umar lebih banyak dengar cakap Abi dari Ummi (agaknya Ummi bercakap lebih bunyi 'membebel' dan annoying to him kot!). Abi tanya dia kenapa cakap cuci pinggan kerja orang perempuan dan he reasoned out with 'ni kerja semua, abi, ummi, uncle masa kecik besar Umar pun dah buat kerja dapur, cuci pinggan, lap meja, bla..bla..bla'
Risaunya Ummi kalau anak lelaki seorang ni bila besar nanti dah kahwin, serah SEMUA kerja pada isteri. Sedangkan Ar-Rasul s.a.w., junjungan besar kita adalah contoh terbaik seorang lelaki yang baik pada ahli keluarganya. Baginda menggiling gandum, menjahit baju dan juga memasak. MasyaAllah! Tiada erti kerja 'perempuan' sebenarnya. Yang paling penting adalah saling bantu-membantu dan memudahkan dalam urusan rumahtangga.
Sorry ye anak2..lepas ni masing2 kena cuci at least pinggan sendiri. I learnt a lot from this incident.
2 comments:
Salam kak anfal,
sori baca entry ni sepintas lalu jadi tak dapat tangkap point possible causes yg menyebabkan sikap umar ada preconceived ideas? another thing, maksudnya based on your own principles, you don't want him to have those preconceived ideas about gender-specific roles/tasks? Why?
salam kak anfaal..jarang btul nak jumpa parents yg sgt concious ngn pemikiran anak2 sehalus mcm ni..but its true la kan..kalau dah anak2 biasa pikir mana kerja pompuan mana kerja laki..he will become a typical guy who doesn't want to help and full with ego..(my opinion..)but Alang pun confius and tak dapat faham punca Umar ckp macam tu..huhu..kenapa ye?
Post a Comment