Sisi cinta yang sangat mempengaruhi sulukmu, bermanfaat buat menempuh kehidupan duniamu dan cinta luar biasa demi mencapai kebahagiaan akhirat...Jangan silap anakku, kerana aku ingin kau cinta Allah, cinta Rasul dan cinta Islam.
Thursday, April 14, 2011
Bila nak baik demam ni??
Thursday, March 3, 2011
Umar's Love Letter
Monday, February 21, 2011
Didik daku dengan Kalimah Toyyibah
Sampai saat dan ketika ini, si Zulfa yang comel itu sudah berada bersama abang2 dan kakaknya selama 2 bulan lebih dan 25 Feb ini akan berumur 3 bulan. Memang 'heart-melting' betul la tengok si kecik ni kan? Tapi bila dia menangis tak ingat dunia...haru-biru gak Ummi nak buat kerja kat ofis tu. Sebelah tangan dukung si kecik ni, sebelah tangan lagi mengetuk keyboard.
(Apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku-Surah Asy-Syu'ara' ayat 80)
Rasa tercabar bila melihat ada anak rakan-rakan Ummi yang mampu membaca Al-Quran pada umur 7 tahun. Menghafal adalah satu kemahiran mendengar bacaan dan mengingat. Membaca pula adalah satu keupayaan lain anak mengenal huruf dan hukum2 bacaannya. Memang boleh tergeliat lidah bila nak membaca Al-Quran dengan tartil ni. Bukan sahaja anak kecil, orang dewasa pun sama, kalau tidak melazimkan lidah dengan tilawah setiap hari.
Kalimah Toyyibah
اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله،
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
Thursday, January 27, 2011
Eczema kids~Bersabarlah Duhai Ummi!
Pejam celik dah 4 minggu dah anak-anak kembali ke sekolah. Rutin tahun ni lebih kemas..alhamdulillah. Sebab Ulwan masuk tadika seawal 8 pagi. Umar dan Ulya naik bas sekolah dengan sepupu2, Haarith dan Intissar, dalam 9.45 pagi. Ambil Ulwan dari tadika sekitar jam 12 tengahari. Tahun ni dah takde sape nak gilir ambil (tahun lepas ada Nenek Haarith boleh gilir amek/hantar). So setiap hari mesti teratur dan efisien~! Tahun ni juga Ummi ada 'bag' setia ke ofis, jeng...jeng..baby ZULFA!! Amacam? Best tak kerja sendiri? T_T
Thursday, January 13, 2011
Menu sihat dan tanda cinta anda untuk si Cilik!
Hidangan Si Cilik
Product Information
Penulis: Mama Fiza
Penerbit: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Tahun Terbitan: Disember 2010.
Istimewa! Buku ini telah ditandatangani oleh penulisnya, iaitu MamaFiza!
Dapatkan buku ini dari Ummi@didikcinta. Pesan melalui emel ke anfaal.saari@gmail.com.
Buku ini bukan buku masakan yang tipikal, namun merupakan gabungan himpunan resipi menu sihat dan info berunsur pendidikan untuk kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 6 tahun (edu + cook book).
Buku ini mengandungi:
- 45 koleksi resipi yang diciptakan khas untuk menarik cipta rasa si cilik. Menu Buku Resipi PTS, Gerenti Jadi!
- Buku masakan 100% penuh berwarna-warni untuk setiap mukasurat.
- Senarai peralatan dan keperluan untuk memasak.
- 4 gambar cara memasak + 1 gambar masakan yang telah siap untuk setiap resipi.
- Tips memasak, trivia untuk ibubapa dan trivia untuk si kecil sebagai panduan bercerita bagi menarik minat si cilik menghadam makanan yang disediakan.
- Jadual Menu Sihat untuk tempoh 7 hari untuk si cilik (kertas berkualiti dan boleh ditampal di peti ais untuk panduan mingguan)
- 2 aktiviti bonus yang dapat dilakukan bersama si cilik (1 sains, 1 kraf)
Price: RM14.90