Tuesday, February 16, 2010

Day without Plastic Bag


Disclaimer: Untuk sahabat2 di luar negara yang dah biasa dengan budaya 'tanpa plastik' janganlah gelakkan tau sebab kejakunan Ummi ni...hihi..

0#0#0#

Permusafiran Ummi dan Abi baru-baru ini ke France membuka mata kami tentang konsep: Conserve Energy, Reuse, Recycle. Kita sering mendengar tentang kepentingan memelihara dan memulihara tenaga dari alam sekitar kita. Namun dengan BUDAYA atau kebiasaan dalam masyarakat kita di Malaysia, berapa orang yang sanggup atau rajin untuk:
  • mengasingkan sampah2 kita kepada kategori: Plastik, Kertas, Tin, Kaca dan juga sisa makanan
  • kumpul kategori2 sampah dan membuangnya di tempat kitar semula kelolaan Alam Flora atau tong-tong Recycle for Charity
  • shopping hanya dengan membawa 'grocery bag'. Dengan kata lain NO PLASTIC BAG!
  • beli makanan bungkus dengan membawa bekas kosong sendiri. Maknanya tidak menggunakan pek polystyrene atau plastik.
  • menukar lampu luar rumah kepada jenis sensor. Pada waktu malam, lampu sentiasa terpadam tetapi akan terpasang apabila sensor mengesan kewujudan objek/orang yang bergerak di bawahnya.
Reaksi biasa: "Hish! Leceh! Ngengada je!"

Well, kenapa di negara lain seperti di Jepun, Perancis, Australia (sekadar menamakan beberapa negara) budaya tersebut boleh dilaksanakan oleh masyarakatnya? Kerana apa? Kerana wujudnya KESEDARAN tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan FAHAM tentang bahan-bahan pencemar yang terkandung dalam plastik dan polystyrene. Dan budaya itu telah dimulakan dan menjadi satu amalan yang diteruskan secara sihat.

Maceh Mama!

Ummi dan adik-beradik telah dididik oleh Mama (Opah panggilan anak-anak Ummi) untuk membuang sampah kotak/kertas, plastik, botol kaca dan tin ke dalam bakul yang telah disediakan di satu sudut di dapur rumah kami. Kami akan mencuci kotoran terlebih dahulu dari kotak (susu dll.), botol kaca (sos, kicap, dll.) atau tin (tomato paste dll.). Kalau Mama terjumpa sampah yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam tong sampah biasa, dia akan bising, "Siapa yang buang ni?" >_< style="font-weight: bold;">

Hari tanpa Beg Plastik

Sejak 1 Januari 2010, kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan pekeliling ke semua premis-premis perniagaan agar menjadikan hari Sabtu sebagai Hari tanpa Beg Plastik. Di bawah exco YB Elizabeth Wong, usaha ini sangat-sangat dipuji kerana memulakan satu budaya yang baik. Jika pelanggan mahu menggunakan beg plastik, caj 20sen dikenakan. Baik la melabur lebih sikit beli shopping bag besar untuk load barang-barang kan?

Bila Ummi ke France baru-baru ini, Ummi melihat sendiri supermarket langsung tidak menyediakan beg plastik kerana semua pelanggan akan membaw shopping bag sendiri, atau meletakkan barang-barang yang telah dibayar ke dalam troli semula (dan akan load ke dalam container di dalam kereta masing2). Hidup je kan tak guna beg plastik??

Tadi Ummi dengan ditemani Ulya pergi shopping sedikit groceries di Carrefour Wangsa Maju, langsung terlupa azam untuk tidak menggunakan beg plastik dan hanya membawa shopping bag dari rumah. Tapi ketika Ummi beratur untuk membuat bayaran, Ummi cakap dengan adik cashier,"Dik, tak payah guna plastik beg ye." Cashier dengan wajah terkejut,"Ha! Boleh ke? Takpe ke kak?" Tersenyum Ummi sebab tengok wajah 'kaget'nya.

So, lepas scan item, cashier terus serah barang2 pada Ummi dan tidak memasukkannya ke dalam beg plastik Carrefour. Cik Ulya yang baik hati yang telah sedia duduk di dalam troli membantu Ummi menyusun barang2 kami.

Fuhh! Not bad for a start. Lepas ni kena INGAT bawa shopping bag!

So kawan-kawan, especially mothers, please start this good culture to protect our environment. Bukankah Syariah ini diturunkan untuk melindungi manusia dan ALAM??

Monday, February 15, 2010

Hakuna Matata

CHANGE is the most dynamic thing in the world.

Melihat anak-anak semakin membesar. Tanggungjawab semakin bertambah. Dalam suka atau duka, dalam rela atau terpaksa, dengan ringan atau berat. Melihat kitar hidup produk bisnes: u need to revamp or differentiate or let them die off. Oh! Sungguh banyak perubahan. TAPI dinamism itu SIHAT, MAJU dan WAJIB mengikut sunnatullah.

Dengan perubahan, semua orang akan mengharapkan yang positif, ke arah lebih baik. Tiada siapa dalam dunia ini mahukan kehidupan semakin memburuk dan parah. Gilakah mereka jika ada?

Kalau pun perubahan dalam kehidupan, tersadung, terguris dan bermacam-macam lagi, ingatlah ia adalah ujian bagi menentukan siapakah yang terbaik amalannya:

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
(Surah Al-Mulk:2)

Seni Menikmati Ujian


Ummi sangat suka dengan buku ini. Membaca dan menghayati tips2 penulis dalam kehidupan sendiri menjadikan Ummi boleh 'enjoy' dengan ujian mendatang. Sudah tentu tiada siapa meminta diri diuji. Tapi, bila diuji bagaimanakah reaksi dan tindakan kita menghadapinya?

PERTAMA
Fahamilah bahawa Ujian itu Sunnatullah. Tiada siapa boleh melarikan diri dari ujian. Manusia sering mendapat nikmat dan merasa bahagia. Namun, hakikat yang mesti difahami adalah: Nikmat dan Kebahagiaan adalah dua perkara yang datang tiba-tiba dan tidak kekal.

KEDUA
Sedarlah bahawa nikmat hakiki adalah nikmat SYURGA abadi. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jibril pernah menemuiku seraya berkata, 'Wahai Muhammad! Hiduplah sesukamu, tapi sungguh engkau akan mati; cintailah orang sesukamu, tapi sungguh engkau akan berpisah dengannya; dan berbuatlah sesukamu, tapi sungguh engkau akan diberi balasan kerananya. Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada solat malamnya, dan kewibawaannya terletak pada sikap merasa cukup dari (bantuan) orang lain.'"

KETIGA
Yakinilah bahawa ujian adalah pemisah antara yang baik dan yang buruk.

"...Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikanNya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah lah kembali kamu semuanya."
(Al-Maidah: 48)

Setelah faham, sedar dan yakin...next step adalah menghadapi ujian sebagai seorang MUKMIN, bukan hanya sekadar manusia biasa.

HAKUNA MATATA

Dalam bahasa Swahili, Hakuna Matata bermaksud No Worries atau tiada masalah. Jadi, semua orang ada masalah, tiada yang terlepas darinya. Jangan terrrrlampau risau dan runsing. Apa yang kita perlu buat adalah:

  • Tetaplah di atas keimanan dan berpegang teguhlah pada agama Allah.
    "Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (Ali-Imran:101)
  • Ikutilah petunjuk Ar-Rasul s.a.w
    Bila diuji, tenang dan jangan marah. Sebagaimana nasihat baginda buat sahabatnya: "Jangan marah, jangan marah, jangan marah."

  • Mengadulah, rintihlah masalahmu pada Allah

La Tahzan. Senyumlah saat hati susah untuk senyum. Hakuna Matata!


Thursday, February 11, 2010

Memujuk: Satu kerja yang memerlukan MASA


Antara agenda penting dalam sehari dalam hidup Ummi dan Abi adalah ‘memujuk’ anak-anak. Sebagai contoh, untuk keluar dan meninggalkan anak-anak di rumah perlu MASA yang khusus untuk menerangkan soalan-soalan berikut:

Tajuk perbualan: Ummi & Abi nak keluar kejap ada urusan
Soalan-soalan:

· Pergi mana?....kedai/rumah kakak2

· Ada apa?...kerja/usrah/meeting dll.

· Kenapa tak boleh ikut?...sebab bla..bla..bla..

· Kenapa abg umar/ulya/ulwan je blh ikut?

Kalau Ulwan lain pula halnya, Ulwan sangat cepat merajuk. Istilahnya “majuk”! Ummi tidur mengiring menghadap Abi, dia kata: “Ummi ni tak sayang wan pon!” Kalau tegur sesuatu dengan suara yang agak tinggi, katanya: “Ummi/Abi ni asek malah (marah) wan je! Tak nak sayang sudah!”

Fuh! Macamana la anak kecil umur 3 tahun dah pandai guna ayat-ayat cinta ni. Ha ha..

Poin Ummi tulis adalah kerana tugas memujuk anak-anak mengambil masa. Adakalanya di saat semua orang telah bersiap dan rushing untuk keluar, pada saat itu lah tersilap kata dan teguran boleh membawa padah, kerana Ummi dan Abi perlu mengambil MASA untuk memujuk. (This case applicable to toddler age like Ulwan)

Girl pulak lain kisahnya. Kalau tak cakap dengan terus terang, air mata akan meleleh di pipi. Sayu pulak Ummi tengok. Ambil masa sikit untuk pujuk Ulya (the only girl at the moment), peluk dan kiss dia bagi tenang.

Menjadi Ibu Bapa Proaktif

Dari pengalaman Ummi, sebagai ibu bapa kita pun haruslah bijak mengendalikan situasi ini dengan mengambil tindakan proaktif dengan:

1) Bincang lebih awal dengan anak-anak dalam membuat sebarang keputusan (contoh: ada yang boleh ikut, ada yang tinggal di rumah) bagi mengelakkan ada hati kecil yang terguris. Bila anak dah menangis, kita sendiri pula rasa bersalah.

2) Bercakap dengan telus. Tidak perlu menipu. Anak kecil pasti faham.

3) Jika ada giliran untuk bawa keluar salah seorang anak, berjanjilah untuk membawa anak lain pada masa lain dan yang paling penting TEPATI JANJI.

4) Kenali apa yang disukai dan tidak disukai anak. Elakkan melakukan perkara yang tidak disukai anak. Contohnya Ulwan suka pegang kepala shower sendiri apabila mandi. Adakalanya Ummi nak cepat, Ummi terus mandikan Ulwan. Bila Ulwan merajuk dan tak mahu mandi, MASA yang lebih diperlukan untuk memujuk. Aduh! Trick nya adalah, masuk toilet je Ummi tanya,”Ulwan nak pegang shower ni sendiri?” Bila dia happy, fuh…selamat takde yang merajuk.

Begitulah hidup kita dengan anak-anak seolah-olah bermain layang-layang. Ada masa kita kendurkan tali, ada masa kita tarik kuat tali dengan tegang. Yang paling penting nilai asas didikan kita mestilah merujuk pada Al-Quran As-Sunnah. Moga anak-anak menjadi generasi rabbani, yang takut hanya pada ALLAH!.