Thursday, April 23, 2009

Oh Poor My Little Girl!

Update blog ni dimulakan dengan cerita TIGA minggu lepas..sorrri..a bit 'basi'..huhu

Sejak awal bulan Mac lagi, kami sudah mula bersiap sedia untuk trip ke New Zealand dan Australia selama 16 hari. Persiapan penting juga adalah penyediaan emosi dan mental Umar dan Ulya yang Ummi Abi akan berpergian lama dan jauh meninggalkan mereka di Malaysia.

So, pada hari Ahad terakhir, 29 Mac sebelum kami berangkat, Ummi layan Umar Ulya habis-habisan. Bertemankan Maksu Silah, kami pergi ke KLCC park untuk bermain di playground, dan tepat jam 10 pagi...kedebush!..masuk kolam renang kanak-kanak yang airnya sedalam paras betis Ummi. Selepas puas main dan berenang, layan lagi...lunch di KLCC.

Dalam jam 1.30 petang kami pulang dan Ummi yakin anak-anak semua keletihan. Sampai di rumah, Ummi minta semua rehat di bilik. Tiba-tiba sedang Ummi asyik membaca suratkhabar, 'DUMM'!! Bunyi ada yang jatuh di tingkat atas..diiringi suara tangisan Ulya.

Lantas, Maksu Silah dengan panik menjerit, "Dagu Ulya terbukak!"

Ummi lari ke atas dan tengok Maksu Silah dukung Ulya dengan luka di dagu yang agak besar. Naluri Ummi berkata, "ni macam kena jahit je ni."

Tanpa berfikir banyak-banyak, Ummi terus capai kunci kereta dan bawa Ulya ke klinik. Tepat sekali tekaan Ummi, doktor kata kena jahit 2 jahitan.

@@ di klinik


Arghh! Seram jugak tengok doktor tusukkan jarum ke kulit dagu dan tarik benangnya. Menjerit menangis Ulya dibuatnya bila nampak jarum di tangan doktor. "Tak nak jahit! Tak nak jahit!"

Prosedur jahitan tak mengambil masa yang lama cuma luka jahitan sembuh hampir 2 minggu (termasuk waktu kami tiada di Malaysia).



Oh Poor My Little Girl, ada parut di bawah dagu. Moga Allah lindungi anak perempuan kami ini dari sebarang bahaya yang lebih besar.















Balutan pertama dibuka untuk membersihkan luka. Nampak tak garis hitam menegak, itu benang jahitan.

4 comments:

sofiyyah said...

ala..sian ulya
xpe2..pngalaman la ni.
huhu

Alang Atie said...

oh poor ulya...ciannyaaa....

the author said...

sian ulya. cemana leh jatuh tu?
-najah-

Widad Hajar said...

sabar ya ulya..
semoga cepat sembuh.