Monday, May 19, 2008

Kaabah sudah melambaiku





Kita merancang, Allah menentukan. Dan perancangan Allah pastilah yang terbaik. kerana tiada kebetulan berlaku dalam hidup. Ia pasti telah ditakdirkan.

We planned for Umrah last two years. Really need a spiritual journey to rejuvenate my iman. Really really need one. And this time, please Allah oh please make it happens.

Dan esok, 7 malam 20mei (skrg mengetuk di waktu malam,terasa hari itu belum sampai), Umi dan Abi akan menjejakkan kaki di rumah Allah yang agung, kiblat umat Islam seluruh dunia. Dan bermakna juga, 14 hari, anak-anak kesayangan kami, 'Umar, 'Ulya dan 'Abdullah 'Ulwan akan ditinggalkan. Sayu benar rasanya hati....Tapi kena kuatkan semangat, seperti Rin cakap, leave them to Allah to go for Allah. WOW! Kena tawakkal.

Beli sandal sudah, beli spek hitam sudah, pack beg sudah, kelengkapan dan jajan anak2 pun sudah. Entah apa lagi yang belum selesai, hati Umi rasa gundah gulana..Aiyoh! Can not sleep maaa..

Siang tadi alhamdulillah jemput mama ayah,umi abun, nenek, mak long, adik2, ipar duai dan jiran (Auntie Zahariah dan Mbak Sopi serta Cikgu Osman). Nyum..nyum..sedap betul penangan Mck Salmi dari Enak Rasa..ikan bakar, ayam goreng berempah, pucuk paku masak lemak dan ulam2. Plus, kek coklat moist yang ditempah melalui Nahdia. Semua puas hati alhamdulillah.

Doakan Umi Abi pergi untuk tunaikan ibadah umrah sebaiknya. Moga langkah ini lebih dekat untuk laksanakan rukun Islam ke-5 (haji...w/pun dah block turn haji kuota tahun 2015). Anak-anak Umi Abi, kami tinggalkan kalian di tangan Allah untuk hari mendatang yang lebih baik untuk kita semua! :)

La Taghdab Habibi..


12 Mei 08

Siang tu Umi & Abi pegi beli groceries yang dah kehabisan di Carrefour. Teringin pulak nak makan 'apple crumble', so Abi cepat2 ambil sebungkus gransmith apple 8 biji untuk di'crumble'kan. hehe..

Malam tu Umi request awal-awal tak nak ikut Abi pg meeting, dengan alasan baek punyer -- nak masak apple crumble.

Seperti biasa, aktiviti tepung menepung ni memang kegemaran anak-anak. Bermula dengan 'peeling' the apple, cutting the apple to slices hingga meramas tepung dengan butter yang beku. Untuk berlaku adil sebab sekarang dalam mangkuk besar tu akan ada 3 pasang tangan...belum campur Si Baby tu lagi..so, Umi siapkan sorang satu mangkuk berisi tepung. Main puas2!

Siap filling apple ditutup dengan topping crumble tu, anak2 mula main tepung yang dah bersepah atas meja marble bulat. Entah macamane Umar yang dok kat tengah2, sibuk mengumpulkan 'territory' tepung milik Ulya & Ulwan. Berkali2 jugak la Ulwan nak amek balik haknya.

Bila marah kuasai diri...si abang tanpa kawalan tolak Ulwan dengan kuat hingga jatuh dari bangku. Astaghfirullah!! Kuat betul Ulwan nangis.

Umi tengok bibir, darah ke? Rupa-rupanya, itu dentuman sudah kasi sebiji telur besar di dahi anak saya ni! Tersirap darah Umi! Umi pun naik marah jugak dengan Umar.

Umi cepat2 ambil ais batu dan tuam di benjol besar walau pun Ulwan menjerit2 kesakitan. Risau punye pasal,Umi terus pakai tudung dan bawa Ulwan ke klinik berdekatan. Alhamdulillah dia tak muntah dan doc kata, monitor dlm tempoh empat jam. Kalau muntah cepat2 ke hospital.

Ibu-ibu memang wajib lah tahu tentang pertolongan cemas ni dan sebenarnya bila panik, lagi lah menggelabah nak uruskan. Be calm! Yakin insyaAllah tak jadi yang buruk. BUT don't take things easily and for granted.

Allahumma yassir wa la tu'assir!