Saturday, December 22, 2007

Smile! Don't muncung your mouth ok dear!



Dah berhari-hari umi janji dgn adik umi sorang yang manja ni, Silah, nak masak Lasagna (sebut bunyi la-za-nia). Hari raya haji bawalah semua bahan2 dan peralatan ke rumah mama. Sampai la malam tadi, umi tewas gak...terpaksa beri reason kuat sekali lagi (ntah yg ke-berapa kali) nape malam ni tak leh nak masak.

Silah ni energetic. Ada je idea ni buat macam2 aktiviti. Umi masak lasagna ni pun blaja kat blakang kotak pasta lasagna brand San Remo. Senang je tp kena la try n error.

LASAGNA MAKSU SILAH
Meat Sauce;
Tumis 3 ulas bwg putih dicincang halus
Masukkan daging kisar, masak hingga tukar warna
Masukkan garam, gula, pepper
Tuang 1 tin sos Prego, 1 tin sup tomato Campbell
Tambah air sket (jgn banyak2 sbb ni sos pekat)
White Sauce;
Panaskan 4 sudu butter + 4 sudu tepung
Tuang 1 kotak low-fat milk
Masukkan 10 kepng cheddar cheese
Kacau hingga pekat
Layering;
Layer dalam mangkuk pembakar dimulai dgn meat sauce, pasta, meat sauce, white sauce, pasta, dan ulang lagi hingga dapat 4 layer. Topping atas mesti white sauce. Biar sampai pasta tenggelam.
pastu bakar la dlm 30minit.
Ta daa! Dah siap!

No comments: