Thursday, April 14, 2011

Bila nak baik demam ni??

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, Ummi ni jarang sakit sejak kecik. Mungkin berkat usaha Opah yang menyusukan Ummi adik beradik dan menjaga kami sendiri sejak kecil. Percaya tak yang kali terakhir Ummi demam adalah masa Darjah 2! Sakit lain biasanya selsema, batuk, pening kepala, cirit-birit dan BERSALIN! hehe..

Dapat pulak jodoh dengan suami yang mudah sakit, Ummi dapat pahala lebih le (perasan!) untuk bersabar menjaganya. Dan kadang2 kurang menghayati kenapa orang mudah sangat sakit (yang tak bestnya kadang2 kurang empati).

Umar demam pagi tadi dan tak pergi sekolah. Agak lama juga dia tak demam. Kebetulan esok untuk kelas English, dia perlu berlakon untuk drama 'Pineapple King'. Jadinya, Umar seolah-olah mengeluh tentang sakit demamnya kerana teruja untuk tetap hadir ke sekolah untuk lakonannya itu.



Umar: Ummi, bila Umar nak baik demam ni??
Ummi: Umar kena sabar. Minum air masak banyak2, nanti panas badan keluar. Kenapa Allah jadikan kita sakit? Supaya kita ingat nikmat sihat. Kalau sihaaat je, kita lupa macamana kalau kita sakit dan tak boleh buat macam2. Jadi kita kena sentiasa bersyukur sebab Allah beri nikmat untuk sihat..bla..bla..

Sebenarnya, Ummi bercerita dengan Umar dengan nada nak ingatkan diri sendiri.


Menjadi seorang ibu, memanglah kena sihat dan kuat. Jom tengok checklist kita:
- Cukup minum air?
- Dah buat checkup kesihatan: kadar gula, kandungan kolesterol, tekanan darah, berat badan, ukurlilit pinggang, gigi, papsmear??
- Pasti diet makan harian seimbang: lebih sayur & buah, banyak serat, cukup protein dan karbohidrat, kurang lemak??
- Bersenam: jogging, berenang, senamrobik atau paling kurang pilih naik tangga berbanding naik lif :p
- Relaks: PALING penting supaya kita tak stres dan cepat naik angin (bila diuji kesabaran oleh anak2)
- Hubungan kerohanian dengan Allah: qiamullail, zikir, solat sunat dll. Patut menjadi perkara yang TERATAS dalam senarai semak kita wahai ibu2. Yakinlah Allah pasti menjaga anak2 kita. Dan serahlah pergantungan kita HANYA pada Allah tatkala hati dalam serah gelisah.

So, bila anak bertanya Bila nak baik demam?..jangan lupa semak diri kita sebagai ibu, agar sihat selalu.
Sebab apa?
.
.
.
Sebab kita yang perlu jaga anak-anak dan terlalu banyak amal soleh yang dapat dilakukan bila badan SIHAT.

Setuju?? :)

Ayat pada diri sendiri: Saya perlu sihat untuk jaga si kecik comel ni!