Sampai saat dan ketika ini, si Zulfa yang comel itu sudah berada bersama abang2 dan kakaknya selama 2 bulan lebih dan 25 Feb ini akan berumur 3 bulan. Memang 'heart-melting' betul la tengok si kecik ni kan? Tapi bila dia menangis tak ingat dunia...haru-biru gak Ummi nak buat kerja kat ofis tu. Sebelah tangan dukung si kecik ni, sebelah tangan lagi mengetuk keyboard.
Bila Zulfa nangis, Abi akan dukung Zulfa dan mengaji (sempoi je baca Al-Fatihah, Al-Ikhlas)...tup tup..diam pulak dia! Abi bersembang dengan puterinya, "Suka ngaji ye? Dah besar jadi hafizah ye?" Diam je dia.
Tapi kalau dah nangis melalak dan susu tak dapat-dapat, dan pujuk dengan alunan Al-Fatihah dan lain-lain pun tak jugak jalan, Abi cakap, "Dah bosan ke dengar Abi ngaji?" Hihi..memang lawak betul la Abi ni. (ntah apa yang Cik Zulfa faham dan fikir bila Abi dia sembang camtu dengan dia?!)
Bila Ummi fikir2 balik, Ummi pregnant Zulfa dan alhamdulillah dapat puasa penuh dalam bulan Ramadhan dan berkesempatan tilawah Al-Quran. Mana la tau, agak-agaknya Zulfa dah familiar dengar Ummi ngaji, so dia pun syok kot.
Didik anak dengan Al-Quran
Ummi tidak lah mengamalkan amalan khusus surah apa dan ayat apa perlu dibaca ketika mengandung. Ummi yakin bahawa setiap ayat dan surah dalam Al-Quran merupakan mukjizat dan syifa' (ubat). Yakin sahaja lah bahawa Allah itu maha penyembuh.
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِين ٨٠
(Apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku-Surah Asy-Syu'ara' ayat 80)
Rasa tercabar bila melihat ada anak rakan-rakan Ummi yang mampu membaca Al-Quran pada umur 7 tahun. Menghafal adalah satu kemahiran mendengar bacaan dan mengingat. Membaca pula adalah satu keupayaan lain anak mengenal huruf dan hukum2 bacaannya. Memang boleh tergeliat lidah bila nak membaca Al-Quran dengan tartil ni. Bukan sahaja anak kecil, orang dewasa pun sama, kalau tidak melazimkan lidah dengan tilawah setiap hari.
Kalimah Toyyibah
Doa Ummi buat anak-anak agar menjadi secerdas Abdullah Ibnu Abbas. Seorang sahabat cilik Rasulullah yang mendapat pesanan berguna sepanjang zaman, seperti yang dinukilkan dalam Hadith ke-19 dalam Arbain Nawawiyah;
اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله،
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
Saat ini, Ummi dan Abi sentiasa mengawasimu tatkala kalian berada di hadapan kami. Kelak, andai kami tiada, atau pun kami tiada di hadapan mata untuk memantau perbuatanmu...ingatlah..jangan sesekali lupa bahawa Allah sentiasa menjagamu. Tegakkanlah kalimah paling mulia, kalimah toyyibah itu - Lailaha illallah, sebagai pemberat timbangan amalmu. Dan ingatlah, kalimah toyyibah tidak terbatas sesama bangsa, tapi buat umat sejagat yang melafazkan kalimah mulia ini!
*catatan ini dinukilkan saat dunia Arab kepanasan berusaha menggulingkan rejim pemerintah masing2 yang zalim. Tahniah warga Mesir atas pembebasanmu!