Pagi Ulwan nak ke Amal Hidayah Pre-School!
Umar dan Ulya sebelum naik bas sekolah
Pejam celik dah 4 minggu dah anak-anak kembali ke sekolah. Rutin tahun ni lebih kemas..alhamdulillah. Sebab Ulwan masuk tadika seawal 8 pagi. Umar dan Ulya naik bas sekolah dengan sepupu2, Haarith dan Intissar, dalam 9.45 pagi. Ambil Ulwan dari tadika sekitar jam 12 tengahari. Tahun ni dah takde sape nak gilir ambil (tahun lepas ada Nenek Haarith boleh gilir amek/hantar). So setiap hari mesti teratur dan efisien~! Tahun ni juga Ummi ada 'bag' setia ke ofis, jeng...jeng..baby ZULFA!! Amacam? Best tak kerja sendiri? T_T
Abi pujuk Zulfa menangis kat ofis
Kerenah Pagi Hari
Memandangkan Ulwan masuk tadika 8 pagi, jadinya, 7.10 pagi Ummi kena kejutkan Ulwan. Tapi cerita tak bestnya, Ummi kena sangat sangat sangat bijak mengejutkan Ulwan dan memujuknya mandi. Sebab apa? sebab Ulwan ada eczema. Waktu malam, tanpa sedar, bila kulitnya kering...Ulwan akan menggaru2 seluruh badannya terutama pada kelengkang, belakang lutut, pelipat siku hingga calar balar. Sebelum tidur dia akan minta Ummi garukan badannya, terutama pada kawasan kulit yang tak dapat dicapai dek tangannya.
Silap taktik je, Ulwan mengamuk tak nak mandi. Aduh! Tension2! Penyelamatnya cuma Abi. Cukup bersuara sekali, "Ulwan! Pegi mandi!" (Nape suara bapa2 sangat efektif banding ummi2 yek??)
Ummi kejutkan Ulwan dengan lemah lembut gemalai, HANYA kerana nak pastikan dia tak buat perangai pagi hari dan menambahkan tension Ummi. Belum tambah cerita banyak pilihan dia nak bawa bekal ke sekolah. Kita bagi pilihan nak roti ke nak biskut?..dia pilih nak dua2 PLUS makanan lain lagi. Ceh! Sabar ye Ummi. Anak2 besar macam ni takkan faham konsep 'Cepat! Nanti lambat!'. Penawarnya adalah--"bertenang, relax2 lah Ummi!" Setuju ke? ^^
Eczema
Baru Jumaat lepas, Ummi discover yang Zulfa pun ada slight Eczema. Bila kawan Ummi, Dr.Aisyah cakap pipi Zulfa bukan kena milk rash tapi eczema. Kena sapu hydrocortisone cream atau aquoes cream untuk kekalkan kelembapan kulit. Sedihnyeee Ummi rasa baby girl ni pun kena Eczema. Aisyah siap cakap lagi, "Jangan salahkan susu ye! Susu tak pernah bersalah dalam hal ni" (She's really funny la..Aisyah..Aisyah *ummi geleng kepala)
So, Ummi kena pastikan kulit eczema kids ni tak kering terutama dalam bilik ber aircond. Kena rajin sapu cream. Dan BERSABAR!!