Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu | Mar 12, 09 | 7:59:55 pm MYT | |
SHAH ALAM, 12 Mac (Hrkh) - Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo menarik janggut Adun Hulu Klang, Saari Sungib sambil memberi amaran keras supaya jangan membabitkan isterinya dalam isu pembelian dua kereta Mercedes dan sebuah Range Rover. Amaran keras Khir itu dilakukan di luar dewan Dun selepas Saari mendedahkan penyelewengan dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang membeli sebuah Range Rover bernilai RM500,000. Katanya, Range Rover itu dibeli untuk kegunaan syarikat tetapi setelah kenderaan itu sampai ia telah diberikan kepada isteri Pengerusi KDEB. Khir yang menunggu Saari di luar dewan berkata; "'You' serang isteri saya. 'You' jangan serang isteri saya, you hendak serang saya tak apa, jangan serang isteri saya. Isteri saya tidak boleh memandu." Saari menjawab; "Saya bertanya untuk disiasat selepas itu beri jawapan, saya cakap ia diguna pakai oleh syarikat." Khir membalas; "Awak orang tua awak mesti semak dengan tepat, jika isteri saya terdakwa, saya tidak akan maafkan awak, tuntut di akhirat." Pada mulanya Saari beranggapan Khir hanya bergurau dengan menarik janggutnya tetapi ternyata Khir serius dan penuh emosi. Bagaimanapun, amaran itu tidak menakutkan beliau untuk terus mendedahkan segala penyelewengan yang telah dilakukan ketika Khir menjadi Menteri Besar demi kepentingan rakyat negeri Selangor. Sebenarnya, kata beliau, isu KDEB itu sudah lama diketahuinya sejak seminggu menjadi wakil rakyat tetapi hanya didedahkan dalam sidang DUN kali ini. Katanya dalam sidang penggal pertama dahulu perkara itu tidak sesuai untuk didedahkan sehingga perbahasan menjunjung titah ucapan Tuanku Sultan Selangor, tengah hari tadi. Beliau menganggap Khir bukan mengancam tetapi hanya menunjukkan rasa tidak puas hati dan beremosi. - lanh _ |
Sisi cinta yang sangat mempengaruhi sulukmu, bermanfaat buat menempuh kehidupan duniamu dan cinta luar biasa demi mencapai kebahagiaan akhirat...Jangan silap anakku, kerana aku ingin kau cinta Allah, cinta Rasul dan cinta Islam.
Friday, March 13, 2009
Sape tarik janggut Tok Abu tu?!!!!
Janggut Saari ditarik Khir Toyo gara-gara pendedahan KDEB
Sunday, March 8, 2009
Anakku Belajar Menulis
Tahukah anda bahawa anak-anak belajar menulis sejak dari bayi lagi?
Maksud Ummi kemahiran menggunakan tangan dilatih sejak kecil sehinggalah ultimatum nya memegang pensel dan menulis di atas garisan yang lurus.
Kemahiran menulis melibatkan perkembangan:
1) Motor kasar - memegang objek, menumbuk, memulas tombol pintu, membaling dan menangkap bola dll.
2) Motor halus - mengutip kacang, menekan loceng, menggunting, zip & unzip, membutang baju, mengikat tali kasut.
3) Koordinasi mata dan tangan - untuk membaling bola, anak perlu koordinasi mata (tempat sasaran balingan bola) dan gerakan tangan (kuat atau perlahan).
Corak Perkembangan Kemahiran Motor
Setakat yang mampu Ummi pantau dan lihat perkembangan anak-anak Ummi yang tiga orang ni, setiap anak mempunyai pattern yang sama.
Memegang
Umar pernah pegang keropok lekor yang panas. Dek kerana panas, dia menangis, tapi belum berupaya melepaskannya.
Melepas
Jika diminta membaling bola, Ulwan hanya mampu melepaskan bola yang dipegang ke lantai.
Mengoyak kertas
Ulwan boleh menyoyak kertas dengan menceraikan kertas dengan tangan kanan dan kiri. Belum boleh menggunakan jari jemari untuk menarik kertas dari atas ke bawah.
Menggunting
Ulya memegang telinga gunting dengan 2 jari (ibu jari dan jari telunjuk) untuk menggunting. Tapi membuka semula telinga gunting dengan dua tangan.
Mengutip
Mengutip tablet vitamin C dr tapak tangan Ummi dengan 2 jari (ibu jari dan jari telunjuk).
Memulas
Ulwan memulas tutup botol air. Memegang botol dengan dua tangan dan menuang ke dalam cawan. Adakalanya tersasar dari mulut cawan dan tumpah ke meja. Hehe..Takpe2. Amek kain lap, lap air tumpah ye nak.
Menggenggam
Ummi minta Ulwan buka tapak tangan, Ummi letakkan sweet wrappers dan minta Ulwan genggam tapak tangan kemas2. Ok, tolong buang kat tong sampah ye.
Membuka jari satu persatu
Pada tahap sekarang, 2 tahun 5 bulan, Ulwan dah boleh buat bentul pistol dengan jari2nya. i.e. buka ibu jari dan acu jari telunjuk, manakala jari2 lain disimpan. Tapi bila buat tanda 'Good' (tunjuk ibu jari sahaja), Ulwan tak boleh lagi :p Dia cuma mampu tunjuk jari telunjuk je. Haha.
Dan seribu satu macam lagi aktiviti pergerakan motor halus yang perlu dilatih untuk membantu anak bersedia untuk menulis.
Hasilnya, perkembangan inilah yang membantu anak apabila masuk alam persekolahan. Tidak boleh tidak, anak kita mesti menulis dalam semua subjek.
To my surprise, masa di program qiyam hari minggu baru ni, Umar tulis sesuatu tanpa disuruh ketika Ummi sedang mendengar tazkirah. Ta daa!
This is Umar's version of Palestine flag. The triangle should be red in colour. Black stripe missing. hihi.
"This is a perang pelestin.
hibap...Gaza...hibap" (he wanted to write 'hidup' actually!)
Read more about Child and Writing from my Sifu here

Subscribe to:
Posts (Atom)