Thursday, February 19, 2009

Anger Management

Pernah tak dengan tulus, ikhlas serta polos, anak-anak kita menyatakan, "Ummi selalu marah Umar bila...."??

Pernah tak tanpa dipinta, anak-anak dengan sukarela dan sukahati menyatakan, "Tadi Ulya tolong Ummi tutup gate."??

Pernah tak selepas menyatakan terima kasih pada si abang dan si kakak, yang adik akan bertanya, "Ulwan pulak?"

Haaaa..tu la statement2 yang keluar anak-anak Ummi sejak 2menjak ni yang memberi satu iktibar buat Ummi. Hikmahnya dalam kehidupan dan dakwah juga.


Umar sebut, "Ummi marah Umar bila tetamu datang dan tumpahkan air." Menurut hawa nafsunya, wajar lah Ummi marah atau sebenarnya menegur dengan kata2 yg agak tegas (huh?). Tapi kalau menurut pendidikan cinta buat anak2 ini, tindakan marah bukanlah satu perkara bijak untuk meluruskan kesilapan mereka. Jadi, apa yang harus Ummi Abi lakukan? Apa lagi tatkala tetamu datang, they really show the 'true colors' just for the sake of getting parent's attention. Huwaaa..

Again, I'm referring to what Nancy Samalin says;
How to Express Anger without Doing Damage?
1) Take an Adult Time-Out
    When anger makes you see red, it means: Exit, Wait, Quit. Leave the room, put on earphones (of Al-Quran recital or calming nasyeed) or shut yourself in the bathroom. Briefly let your children know why you're leaving the scene. For example, you might say, "I'm feeling so furious right now that I don't want to see you until I've calmed down."

2) Hold your tongue
     We are at our most vulnerable & are least able to discipline effectively when we're upset. At those moments, remind yourself, "I will respond more effectively if I calm down first."

3) Maintain a perspective
    Sometimes kids will display annoying behaviour just to goad you into a reaction. Ask yourself before going over any particular issue, "How important is this?"

4) Recognize when you're at a risk
     Be aware that the temptation to lash out at your child, verbally or physically, is greatest when you're at your wit's end.

::::::

Kita sering tertarik untuk menegur kesalahan anak dan jarang2 sangat kita tertarik dengan positive deeds mereka. Ummi and Abi trained ourself to acknowledge every good deed and achievement of our kids. That's called Positive Reinforcement. 

And that's how my little Ulya and Ulwan trying to do when I 'missed' giving them apreciation/compliment. Ulya tolong buka kan gate sebelum kami ke kedai, dan tanpa segan Ulya dengan bangga menyatakan kebaikannya. Dan Ummi pun menyanyi2 mengucapkan terima kasih dengan persembahan ala2 di pentas orkestra. DAN...abang Umar pun menuntut ucapan terima kasih untuk kebaikan yang pernah dilakukannya (i.e. tolong letak sock Ummi di tempatnya). Haha..DAN...si kecil Ulwan pula menagih tuntutannya dengan dua patah kata, "ulwan pulak!"

Begitulah kehidupan sebagai muslim, menuntut kita merangkumkan SEMUA akhlak baik dalam satu perkara: JANGAN MARAH.

Malah belajar lah menghargai kebaikan orang lain walau sekecil mana pun.

p/s: terima kasih Abi yang selalu melayan kerenah Ummi :D



Thursday, February 12, 2009

From the Author of CoolMumSuperDad

Ummi sent an email to Puan Jamilah Samian, the author of Cool Mum Super Dad book. She responded to me and giving tips that are very helpful. I would like to share with all mothers out there. 

------

Waalaikumsalam Puan Anfaal

Thank you for your email.

Biasanya kanak-kanak mengambil masa untuk membiasakan diri menyiapkan homework. Ada banyak faktor terjadi demikian. Tapi selalunya bila masuk Darjah Satu, tak biasa ada homework, tiba-tiba terpaksa buat homework, so you're right. It's an adjustment period. 

I have several suggestions:

1. Kids need structure when it comes to school work. For younger kids, like your son, it's good for you to block a certain time, say about half hour or 45 minutes to get it done. Distractions, e.g. tv completely off. Give it a nice name; in our family, we call it The Golden Hour. THis is when everyone in the family sit down together and revise their lessons, do homework or read books etc. It's a good habit, even for your younger kids. Your son can do his homework while his younger siblings can do some artwork or you read a book etc. The idea is to make him feel supported dan dia tak rasa alone dan terasing. 

2. Kid are reluctant to do homework bila kerja yang diberi terlalu susah. Pastikan ini tidak berlaku kepada anak puan. 

3. Your child is a boy. I must say that boys are different. Sebabnya, anak lelaki sifatnya berbeza daripada anak perempuan. At certain times in their lives, boys have the natural hormone testosterone at peak levels yang menyebabkan dia perlu banyak bergerak (physically active). Ini memang naluri kelelakian semulajadi.  Sebenarnya, sangat sukar untuk seorang budak lelaki berusia tujuh tahun untuk duduk selama setengah jam terus-menerus. You can suggest a break after, say, fifteen minutes. Kemudian teruskan lagi.     

4. Tunjukkan minat terhadap apa yang dipelajarinya. Discuss what he is learning at school. Termasuklah homework yang dibuatnya. 
Jadi, school and being able to finish his work on time becomes a source of pride for him. 

5. Kids respond very well to encouragement. Stay away from criticism completely. What gets noticed gets done. Jadi, look for opportunities to encourage him to do better, sekecil mana sekalipun. 

6. As much as possible, make it fun. 
Anak puan masih kecil. Find creative ways to make homework and school work interesting, dan bukan sesuatu yang membosankan. Relate what he learns to everyday life.   

7. I have put this last because this is very important. Boys around your son's age have a sudden interest in their father! Ini bukan bermakna puan kurang penting sebagai parent, cumanya pada usia sebegini, they are learning fast on how to be male. Jadi, amat perlu untuk seorang bapa memberi perhatian secukupnya mulai peringkat ini. For most boys this age, their father is a hero. It's extremely important for his father to develop a warm, close relationship with him. (I'm assuming you're not a single parent here). That's why the father needs to be involved especially in school work and sends a strong message that school matters.  

Hope this helps :)

Have a great week ahead!

Wassalam

Jamilah Samian

Monday, February 9, 2009

Work and Play


Doing his Mathematics homework. 

Umar dah masuk fasa baru kehidupannya - Alam Persekolahan. Dan satu pakej bersama alam ini adalah HOMEWORK! Umar's homework means Ummi's work too! Tada! 

Umur macam Umar ni (baru 6 tahun 1 bulan) memang la tak boleh pesan buat kerja sendiri. Mesti nak ada yang tunggu duduk sebelah dia untuk siapkan. Asking Bibik to help is a big NO! So kena la adjust masa untuk teman Bro.Umar ni siapkan kerja2 dia. 

Kerja-kerja rumah setakat 5 minggu sekolah ni:
1) Bahasa Melayu

-menulis huruf2 abjad Besar dan kecil berulang pada buku latihan 3 garis (biru merah). Ingat tak Ummi? ;) This is not too bad at all.

2) English

-basic writing like Good Morning, My Name...bla2..Again not that hard to him.

3) Tulisan Jawi, Bahasa Arab & Tasawwur Islami

-mengulang huruf2 hijaiyah Alif, Ba, Ta dan juga huruf dalam pelajaran jawi seperti Pa, Ca, Nga
-menulis perkataan asas Bahasa Arab: Haza Abi, Hazihi Ummi
-mewarnakan kalimah Lailahaillallah

Al-Lughatul 'Arabiyyah :)

Tang ni haru sket. Curve seperti Jim, Kho, Dho agak susah bagi Umar. Kadang2 titik Dho sama besar dengan saiz Sukun. Boleh bayang tak? Nak siapkan satu mukasurat untuk tulis secara ulangan ni kadang2 rehat 2 kali. Umar..Umar (Ummi geleng kepala).

Mula2 suara Ummi berintonasikan suara ala-ala ibu penyayang, lepas tu tegas...heh..dah lama2 macam suara Opah (mama Ummi) berleter. Huhu...Amacam? Baru masuk Darjah 1 kan?!

Ummi: "Umar kena rajin, tekun, sungguh2. Siap cepat nanti boleh rehat."
Umar: "Tekun tu apa?"
Ummi: "Buat kerja beri perhatian, buat sampai siap."
Umar: ...tukar topik..tanya hal lain..bla..bla..

Pada masa yang sama, Bro.Ulwan pun nak buat homework juga. Apa dia buat nak tau? Ummi suruh dia koyakkan kertas. Then dia conteng kertas kosong dengan magic pen. Then dia pegang gunting & snip hujung2 kertas, sebab dia belum lagi pandai buka gunting selepas sekali snip. 'Buku belajar' Ulwan adalah 1 set pocket boardbook on Transports (6 buah: Trucks, Cars etc.)

Playtime
Walaupun dah masuk Darjah 1, takkan la tak boleh main langsung kan? Umar masih lagi main role play dengan Ulya & Ulwan, construct Lasy, main computer games dan main dengan cousins kalau diorang datang rumah.

Umar construct Lasy jadi bentuk robot Wall E. Sumber inspirasi dari bookmark KrafHati. Tulisan Umar pada Lasy: Well E :)

Sis Ulya construct Lasy jadi Boo (katanya lah). Based on watak apa wallahua'lam.

Ya Bunayya La Tushrik Billah

Hari Ahad cuti Thaipusam semalam Ummi & Abi berkesempatan bawa anak2 ke Pulau Pinang untuk memenuhi undangan walimah sahabat lama Ummi, Ukhti Fatimah Danial (gelarannya Uda sejak sekolah dulu). One-day-trip ni turut disertai oleh cikgu sekolah kami, Cikgu Hasnah. 


Alhamdulillah syukur pada Allah, Uda dapat jodoh pada umur 30 tahun. Semua urusan kita adalah ketentuan Allah kan? Lambat atau cepat adalah di tanganNya. Gembira dan terharu melihatkan sahabat lama menemui kebahagiaan, insyaAllah hingga ke akhirat. Amin.

Apa yang menarik dalam trip kali ini adalah kerana kami tak menyangka akan menyaksikan sambutan Thaipusam secara dekat, right in front of our eyes!! Kebetulan kami turut merancang perjalanan untuk menziarah bapa sahabat kami, Hj. Othman Mydin, yang sakit di Hospital Pulau Pinang. Tanpa disangka, kami perlu melalui jalan penuh sesak dengan penganut & 'pengabdi' agama Hindu yang memenuhi nazar mereka sempena sambutan Hari Thaipusam ini. Fuh! Sang pembawa kavadi, cangkuk2 besi ditusuk ke kulit2 mereka untuk mengangkat kavadi bermacam rupa. So scary! (dah lama dok dkt Batu Caves, memang tak pernah pg tengok secara dekat).

Mereka berjalan di tepi kereta kami ketika kami sedang menunggu polis trafik mengawal lalu lintas. Anak2 buat pertama kali (termasuk Ummi dan Abi) menyaksikan sambutan ini. Kami mengucapkan kalimah La Ilaha IllaLLAH dengan penuh rasa bersyukur dengan nikmat Islam yang penuh keindahan tanpa 'ibadah'2 yang aneh sebegitu rupa. 


Gambar pengabdi dewa Hindu, yang diambil dari dalam kereta kami.

Diiringi alunan tabla dan muzik Tamil (mungkin mantera2 mereka), anak2 muda Hindu menari seperti tidak sedarkan diri. Dari jarak dekat Ummi dapat lihat mata merah mereka dan di tangan ada yang memegang Tiger Beer. Sah mereka mabuk.

Dengan kesempatan tersebut, Ummi jelaskan pada Umar tentang hal syirik. Kalau sebelum ni, Ummi selalu sebut hal syirik pada Umar, tapi kali ini depan mata, anak2 lebih nampak maksud 'sembahan' lain. Wallahua'lam sejauh mana mereka menghayatinya.

Semoga kita sama2 belajar nasihat Luqman Al-hakim buat anaknya seperti yang dinukilkan dalam Surah Luqman..."ya Bunayya la tushrik billah."

Wednesday, February 4, 2009

Dirimu sumber inspirasi

video

Kisah Bro.Nick ni menyentuh hati Ummi. Kesungguhan dan ketabahannya mengharungi hidup bukti tiada batas dalam mengeluarkan potensi diri. The sky is only the limit. Dalam kehidupan, membesarkan anak2, dalam apa jua perjuangan dan dakwah, kita banyak disekat oleh halangan dalam fikiran (mental block).

"Aku tak mampu"
"Memang aku tak pandai"
"malu nanti orang kata aku ni apa"

Dengan anak-anak pula, kita sebagai ibu bapa lah yang membuka ruang demi ruang untuk mereka menggilap potensi diri. Setiap anak itu unik, jangan lah dibanding-bandingkan. Contoh terdekta di depan mata Ummi sendiri. Umar sangat kreatif. Perspektif karya seninya luar biasa! He always think out of the box. Proud of him though he is always hard to stay long for something that needs FOCUS (e.g. homework). 

Ulya pulak, the normal girl, yang rajin nak belajar. Kalau sakit, nak cepat baik sebab nak pergi tadika cepat2. Belajar Iqra' sekali duduk boleh 3 mukasurat. Bila latihan menulis, subhanallah, rajin tulis banyak2.

And our special Ulwan (bukan sbb dia 'anak istimewa)...setakat pemerhatian kami, sangat FIZIKAL. Aktif dan sekarang fasa menggunakan motor halusnya - MENGGUNTING. 

Setiap anak ada 'sensitive period' (baru belajar term ni kat kursus baru2 ni)...pada saat dan ketika dia suka panjat tangga, biarkan..jangan dihalang kerana akan merencatkan. Jika anak dah melepasi sensitive period, suruh macam mana pun dia tak nak buat.

So mothers out there, just observe and understand your child's needs. Santuni mereka secara fitrah agar diri mereka terus menjadi inspirasi buat umat dengan potensi mereka yang luar biasa! Boleh jadi pendakwah cilik macam Iza ni...


video

Monday, February 2, 2009

Nak ibik...

Malam ini hati Umi tersentuh...sedih bercampur geram. 'Ulwan sebenarnya kepenatan dek seharian tidak tidur. Darah si kecik ni memang panas sikit. Ada je silap sikiiiiit dari sesiapa pun di rumah ni, Abg Umar atau Kak Ulya...dia akan mengamuk menjerit tak ingat punye. Puas Umi pujuk atau Bibik pujuk, serba tak kena. Tapi malam ni memang horror betul la. Lepas agak lega tangisnya, Umi peluk Ulwan atas katil untuk tidurkan. Bibik pulak ke rumah jiran ada urusan dengan Bibik sebelah rumah.

Tiba2...dia teringat kat Bibik.."Nak ibik..nak ibik." Dia turun sendiri kat pintu rumah nak cuba buka sendiri. Puas Umi pujuk, tinggalkan sendiri di bawah...dia ikut lari ke atas...minta lagi "nak ibik..nak ibik". Turun lagi..naik lagi..turun lagi...Lepas 20 minit menangis dan menjerit, Umi cuci muka Ulwan dengan air kemudian dukung dan pujuk..lalu tertidur lah dia dlm kepenatan.

Sebenarnya dia memang penat. Kalau pun Bibik ada...kalau dah diberi pada Bibik, dia akan cakap 'Nak Umi..nak Umi'. Fenin2.

Bila baca cerpen di bawah..aduh terasa la jugak! Harap2 Ulwan boleh bezakan siapa Umi dan siapa Bibik.

Ulwan dan Bibik..

---------
Cerpen I - IBUK

Minah tekun memerhatikan monitor. Tangannya memegang tetikus sambil menggerak-gerakkannya. Dia membuat lukisan kerja dengan berhati-hati. Dia memang cermat. Kerjanya teliti dan sering mendapat perhatian bos. Malah sudah beberapa kali dia dinaikkan pangkat dan gaji. Baru-baru ini, dapat pula anugerah pekerja cemerlang. Bos memang memberi harapan yang tinggi untuknya. Dia sedar hakikat itu. Sebab itu dia melipatgandakan usaha agar tidak mensia-siakan harapan yang diberikan oleh syarikat kepadanya.

Sudah 10 tahun dia bersama syarikat ini. Dari bertatih-tatih dengan program autocad, sehinggalah kini dia antara pekerja termahir di dalam bidang ini. Ada juga rasa bangga menyelinap di hatinya. Maklumlah, kehebatannya membuktikan wanita juga mampu bersaing dengan lelaki.

Gajinya kini sudah mencecah RM 4000 sebulan. Suaminya juga bergaji besar. Dengan seorang anak tunggal, kehidupannya tak pernah terhimpit. Apa sahaja yang terlintas di fikirannya, akan diperolehi dengan mudah. Pakaian pelbagai fesyen penuh dua almari. Tudung, tak payah cakaplah.. tak terkira dek jari. Barang kemas pelbagai bentuk dan berkilauan. Apartmentnya besar; 4 bilik dengan hiasan dalaman yang sempurna. Kereta, dua buah. Satu untuknya, satu lagi untuk suaminya. Maklumlah pejabat masing-masing berlainan arah. Kenalah ada sebuah seorang. Baginya, kehidupannya sudah cukup sempurna.

Tiba-tiba Minah teringatkan sepupunya, Milah. Wajah mulus dan naïf sepupunya itu terbayang-bayang di ingatan. Dia menggeleng-geleng dan menarik nafas panjang apabila teringatkan sepupunya yang seorang ini. Sayang betul. Rugi; rugi serugi-ruginya. Atau lebih tepat lagi, bodoh! Itulah istilah paling sesuai untuk graduan universiti yang mahu menjadi surirumah tangga. Dengan kelulusannya, Milah tentu saja boleh memohon jawatan dalam sektor awam. Kalau tak mahu kerja kerajaan, Milah boleh kerja swasta. Gaji pun lebih mahal. Kalau tidakpun, dia boleh jadi cikgu dengan mengikuti KPLI.

Memang Milah bodoh.

Dia langsung tidak memikirkan masa depannya. Jaminan hidupnya langsung tak ada. Dia terlalu berharap pada suaminya. Ah, orang lelaki.. waktu tengah sayang bolehlah jadi tempat bergantung. Kalau kasihnya berubah, apakah nasib Milah nanti? Memang Minah akui, suami Milah, Seman baik orangnya, berpegang teguh pada agama. Sembahyang di masjid dah jadi rutinnya. Kerjanya juga bagus; pegawai di sebuah pusat pengajian tinggi awam. Memang dia mampu menanggung Milah dan anak-anaknya. Dan Minah yakin, lelaki warak begitu memang tak akan benarkan isterinya bekerja.

Selalunya macam itulah.

Arahan mereka wajib dipatuhi, isteri tak boleh melawan atau memberi hujah. Isteri mesti ikut cakap suami. Membantah ertinya nusyuz. Dan sudah tentu apabila mereka mensyaratkan isteri tidak boleh bekerja, si isteri kena patuh. Rela atau terpaksa. Malang betul nasib Milah. Sia-sia berpelajaran tinggi, layak jadi bos orang tapi cuma menjadi hamba di dalam rumah sendiri.

Lebih malang lagi, Milah asyik beranak tiap-tiap tahun. Hujung tahun ini, bakal dapat anak lagi; bayi keempat mereka. Milah langsung tak pandai merancang. Yalah, agaknya dia tak dibenarkan merancang. Maklumlah, suaminya warak. Milah pula lurus bendul, asyik diperbodohkan orang sajalah. Kalau dia cerdik sikit, tentu dia boleh berbincang dengan suaminya untuk menjarakkan kelahiran anak-anaknya. Bukan apa, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebagai perempuan yang pernah melalui saat-saat mengandung dan peritnya sakit bersalin, Minah merasa sungguh simpati pada penderitaan Milah. Dan bukan setakat itu sahaja; Milah kena susukan anak yang lahir dengan susu badan; juga membesar dan mengasuh anak-anak yang lain. Malang sungguh nasib Milah. Usia masih muda, baru 26 tahun. Kalau terjadi apa-apa pada Seman; sakit atau mati.. apa akan jadi pada Milah dan anak-anaknya yang masih kecil itu? Benda-benda macam ini tak siapa yang tahu. Kata orang, malang tak berbau.

Minah pun dah beberapa kali nasihatkan Milah. Jawapan Milah kadang-kadang menyakitkan hati dia juga; “Saya nak laksanakan tanggungjawab saya sebagai ibu, kak.” Minah merasa tersinggung dengan jawapan Milah itu. Seolah-olah Milah menyindirnya kerana tidak dapat membesarkan sendiri anaknya. Padahal dia merasakan dialah ibu yang paling sempurna untuk anaknya. Apa saja keinginan si anak dapat ditunaikan. Pakaian yang cantik dan berjenama, anak-anak patung perbagai rupa dan makanan yang lazat belaka. Anaknya membesar dalam limpahan kemewahan. Bukankah itu yang terbaik untuk seorang anak?

Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Minah menggeliat sedikit lalu memadamkan suis komputer. Dia sudah penat. Kerjanya sudah selesai dan dia mahu pulang. Waktu malam adalah waktu untuknya beristirehat. Apa agaknya Auni, anak perempuannya sedang buat? Sudah tidurkah atau masih menunggu kepulangannya? Bibik tentu telah memandikan Auni dan menyuapnya makan. Waktu malam beginilah, dia dapat bermesra dengan Auni. Itu pun kalau gadis kecil itu belum tidur lagi. Auni sekarang berusia 4 tahun. Baru bersekolah. Sejak bersekolah, keletahnya menjadi-jadi. Pandai berjenaka dan suka bercerita. Tapi satu saja yang Minah tak suka, Auni bercakap slang Indonesia. Terpengaruh dengan bibik. Maklumlah, sejak kecil dia dijaga bibik. Minah pun tak tahu apa nak buat. Dia sibuk dengan kerjayanya. Begitu juga suaminya. Moga-moga bila dah besar, Auni akan pandai sendiri berbahasa Melayu slang Malaysia. Dia yakin, anaknya yang bijak itu akan mudah belajar dari persekitaran. Dan dia juga yakin, anaknya bakal mempunyai masa depan yang cerah. Dia akan pastikan anaknya menjadi wanita berjaya sepertinya, malah lebih berjaya lagi. Pelajaran anaknya biarlah sampai ke peringkat tertinggi, dan kahwin pula dengan suami berpangkat besar. Sebab itulah dia telah mula menabung untuk pengajian anaknya semenjak bayi lagi.

Jalanraya tidak sesak. Minah memandu tenang. Dia tak sabar-sabar hendak pulang ke rumah. Di matanya hanya terbayang wajah Auni yang comel. Kalau diikutkan rasa hati, mahu saja dia berhenti kerja. Menjadi surirumah, membesarkan Auni dan menjaga rumahtangga. Ah, fikiran itu dilemparkan jauh-jauh. Jangan emosional sangat, jangan jadi bodoh ... kalau tak kerja, siapa nak belikan pakaian cantik-cantik? Siapa nak tanggung belanja salon dan spa? Dari mana dia boleh dapat wang untuk simpanannya, sebagai jaminan kalau terjadi apa-apa dalam rumahtangganya? Dia tak mahu fikir lagi tentang berhenti kerja. Dan dia takkan benarkan fikiran semacam itu terlintas lagi dalam hatinya.

Bila Minah sampai, Auni sedang menunggunya. Dia mencium Auni.
“Ibuk, mau coklat!” rengek Auni.
“Apa ibuk-ibuk ni, mamalah.”
“Habis, bibik panggil ibuk?”
“Jangan ikut bibik. Auni kena panggil mama.”
“Kok gitu. Mana coklatnya mama?”
“Mama tak sempat beli sayang!”
“Loh, mama setan, mama bodoh! Ngapain nngak beli?,” terlopong Minah mendengar kata-kata anaknya. Dia terduduk…